Pages

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah (S.W.T) kerana dapat lagi kite hidup dibumi ini dan masih diberi peluang kepada kita semua untuk beribadah kepadanya. Sesungguhnya Allah (S.W.T) itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih, walaupun ramai orang yang kufur kepadaNya, lawan agamaNya, tetapi masih lagi mendapat rezeki dari Allah (S.W.T) Subhanallah!!

Friday, March 15, 2013

Pengenalan Ribat Tarim, Hadramaut


v      Ribat Tarim terletak di tengah-tengah Kota Tarim yang di lingkungi rumah-rumah dan kedai-kedai. Kedudukannya juga berhampiran dengan Masjid Jamek Tarim, Masjid Ba'alawi, Masjid As Saqqaf dan Masjid Al Muhdor.

v      Pada tahun 1304 H binaan Ribat selesai dibangunkan dan pembukaan rasmi dilakukan pada 14 Muharram 1305 H. Dengan tarikh ini menunjukkan usia Ribat Tarim sudah melebihi 125 tahun.

v      Ribat Tarim terletak di jantung Kota Tarim didirikan oleh tokoh Ba ‘Alawi dari keluarga Al Haddad, Al Junaid, As Sirri dan Al Arfan, manakala yang pertama  mewakafkan sebahagian besar tanahnya adalah Habib Ahmad bin Umar As Syatiri.

v      Pengetua Ribat Tarim yang pertama adalah Mufti Hadramaut Al Allamah Al Habib Abdul Rahman Bin Mohammad Al Mashyur ( 1305 H – 1314 H ).

v      Pengetua kedua Ribat Tarim adalah Al Allamah Al-Habib Abdullah Bin Umar As Syatiri ( 1314 H – 1361 H ).

v      Pengetua ketiga Ribat Tarim adalah Al Allamah Al Habib Alwi Bin Mohammad Bin Shihabuddin.

v      Pengetua keempat Ribat Tarim adalah generasi daripada anak-anak Habib Abdullah As Syatiri yang dipimpin oleh oleh Habib Mahdi, Habib Abu Bakar, Habib Hasan dan Habib Salim Bin Abdullah As Syatiri.

v      Sekarang Ribat Tarim berada di bawah pimpinan Habib Salim Bin Abdullah As Syatiri.

v      Di antara penyebab ditubuhkan Ribat tarim adalah kerana kesulitan bagi pelajar-pelajar yang datang dari tempat yang jauh untuk menyediakan tempat tinggal, maka para tokoh habaib pada ketika itu bersepakat untuk mendirikan Ribat Tarim sebagai tempat menimba ilmu.

v     Mengikut daftar Pejabat pentadbiran Ribat Tarim, Habib Abdullah Bin Umar As Syatiri telah
mencurahkan khidmatnya selama hampir 50 tahun mendidik penuntut-penuntut disitu dan di dalam tempoh tersebut lebih 13,000 ulama telah dikeluarkan.

v     Ribat Tarim ditutup buat sementara waktu semasa Yaman Selatan dikuasai oleh pihak Komunis ( tahun 1400 H – 1412 H ) Apabila Yaman kembali bersatu pada tahun 1412 H , ia dibuka kembali sehingga sekarang.

Mudir Rubat Tarim
Beliau ialah Sayyid Al–Allamah Al–Faqih Al–Musnid Al-Murabbi Ad-Da’e IlaLLAH Al-Habib Salim Bin Abdullah Bin Umar Bin Ahmad Bin Umar Bin Ahmad As-Syatiri Ba’lawi Al-Husaini Al-Hadrami At-Tarimi.

Dilahirkan di Kota Tareem pada 1357 H dan dibesarkan di Tareem dalam suasana kesolehan dan pada zaman dipenuhi para Alim Ulama.

Beliau telah menuntut ilmu dari bapanya sendiri dan juga dari ulama-ulama yang terdiri dari anak murid bapanya antaranya1. Syeikhul Wadi Al-Imam Al-Habib Alwi Bin Abdullah Bin Syihab ( Wafat 1386 H )2. Al-Allamah Al-Habib Muhammad Bin Salim Bin Hafiz.( W Syahid 1392 H )3. Syeikh Mahfuz Bin Salim Bin Usman ( W 1396 H )4. Al-Habib Al-Allamah Umar Bin Alawi Al-Kaf ( W 1412 H )5. Syeikh Al-Faqih Umar Awad Haddad6. Syeikh Al-Allamah Salim Sa’id Bukayyir Ba Ghisan ( W 1386 H )7. Sayyid Al-Musnid Salim Bin Ahmad Bin Jindan ( W 1395 H )

Beliau telah safar ke Makkah pada tahun 1376 H dalam menimba ilmu-ilmu agama. Beliau tinggal di sana selama 4 tahun dan telah belajar dengan ulama terkenal ketika itu As-Sayyid Al-Allamah Alwi Bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani ( W 1391 H ).

Beliau kembali ke Tareem pada tahun 1381 H dan bergerak aktif dalam menyebar ilmu dan dakwah. Kemudian beliau telah menetap di Aden pada tahun 1960 – 1976 M.

Ketika Yaman Selatan dikuasai oleh komunis pada tahun 1967 M banyak usaha dilakukan oleh pihak komunis dalam menyekat segala program keagamaan serta menangkap dan menyeksa para ulama termasuklah beliau.

Beliau telah ditangkap pada 1400 H bersamaan 1981 M sebaik tiba di airport Seiyun dan dipenjarakan di Seiyun sehingga awal Rejab tahun 1401 H. Kemudian dipindahkan ke penjara di Mukalla beberapa hari sebelum dipindahkan ke penjara Aden. Beliau telah dibebaskan pada Zohor hari Selasa 21 Ramadhan 1401 H setelah usaha pendamai dibuat oleh Muhammad Abdul Rab Al-Junaidi ketua Lajnah Pendamai Yaman Selatan Yaman Utara dan juga Al-Habib Al-Allamah Muhammad Bin Abdullah Al-Haddar.

Ketika pemerintahan komunis, ulama telah diseksa dan ramai yang wafat, masjid dan madrasah agama ditutup. Tahun itu merupakan keadaan yang paling buruk bagi Yaman Selatan. Kisah lebih lanjut ini boleh dibaca dalam buku ‘Qissoh Muamaroh al-Igtiyal Wal I’tiqol.

Pada tahun 1403 H beliau telah safar ke Makkah melalui Aden dalam menunaikan ibadah haji, kemudian menetap di Madinah Munawwaroh. Kebetulan pada masa itu Sayyid Umar Bin Abdul Rahman Al-Jufri dan saudaranya baru membuka Rubat di Madinah Munawwaroh. Maka beliau dan Habib Zin Bin Ibrahim Bin Sumait telah diambil sebagai tenaga pengajar di situ.

Beliau telah safar ke Tareem semula selepas Yaman Selatan bersatu dengan Yaman Utara tahun 1412 H (1992 M), beliau bersama saudaranya Al-Habib Hassan telah membuka semula Rubat Tareem , sehingga sekarang Rubat Tareem masih kekal dengan amalan tradisinya dari ulama-ulama terdahulu.


                           SYARAT KEMASUKAN PELAJAR KE  RIBAT TARIM

v  
Syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pelajar Rubat Tareem

1. Mempunyai asas Bahasa Arab dan boleh bertutur dalam bahasa Arab.

2. Berumur 18 tahun keatas untuk kelas dewasa dan 12 tahun keatas untuk kelas kanak – kanak.

3. Lulus muqobalah Bahasa Arab dengan wakil Rubat Tareem di Malaysia,

Ustaz Zulkifli Bin Mohd Suhaimi, Mudir Maahad As-Syatiri Kedah,

no telefon 013-5107557.

4. dapat menyediakan wang Jaminan (Duit tiket pulang )sebanyak  USD 500 untuk pelajar bujang. USD 1000 untuk pelajar kelamin.

5. Yuran untuk 2 tahun USD 720 untuk pelajar bujang, USD 360 untuk pelajar kelamin.

6. Visa belajar USD 100 ( setahun USD 40 : 7500 rial yaman untuk dewasa dan USD 20 : 4500 rial yaman untuk kanak-kanak ).

7. Minimum belajar di Rubat Tareem 2 tahun.

8. Pendaftaran dibuka pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan setiap tahun.

9. Bagi Individu yang datang ke Yaman dengan visa pelancong, boleh mengemukakan ‘surat permohonan untuk belajar’ terus kepada pejabat Rubat Tareem dengan berjumpa Habib Salim terlebih dahulu. dan akan diterima belajar sekiranya lulus ujian Bahasa arab dan ada kekosongan di asrama.




Website : www.rubat-tareem.net
Email : info@rubat-tareem.net

Telefon : 00967 415991 / 416461
Faks : 00967 415874

Cawangan Rubat Tarim di Malaysia

Ustaz Zulkifli Bin Mohd Suhaimi, Pengetua Maahad As-Syatiri Kedah. Merupakan cawangan rasmi Rubat Tareem di Malaysia, maahad ini telah dirasmikan oleh Habib Salim Bin Abdullah As-Syatiri pada tahun 2009, jamaah pelajar yang pertama telah dihantar ke Rubat Tareem seramai 4 orang pada pertengahan 2012.

                                                          Disediakan oleh

                                           Persatuan Pelajar Malaysia Ribat Tarim
                                                                    2009

Sumber dari Ittihad Pelajar Malaysia Yaman.

No comments:

Post a Comment