Pages

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah (S.W.T) kerana dapat lagi kite hidup dibumi ini dan masih diberi peluang kepada kita semua untuk beribadah kepadanya. Sesungguhnya Allah (S.W.T) itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih, walaupun ramai orang yang kufur kepadaNya, lawan agamaNya, tetapi masih lagi mendapat rezeki dari Allah (S.W.T) Subhanallah!!

Thursday, April 18, 2013

PENGENALAN DAR AL MUSTOFA LIDDIRASAT ISLAMIAH



< Pengajian Ilmu-Ilmu Islam /The Study Of Islamic Sciences >

TARIM,HADRAMAUT,YAMAN
(ILMU/SULUK/DAKWAH)

Logo Dar Al Mustofa

Dar Al Mustafa diasaskan oleh
        1.Al Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafizd
        2.Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafizd

Habib Ali Al mahyur, kekanda Habib Omar dan ulamak-ulamak Tarim bersama Shaykh Said Ramadhan Al-Bhuti semasa ziarah beliau ke bumi Tarim

Habib Omar bin Hafizd

Dar Al Mustofa , Tarim, Hadramaut

Dar Al Mustofa telah ditubuhkan pada bulan Syawal tahun 1414 H ( 1993 M )
dan dirasmikan pada hari Selasa 29 Zulhijjah tahun 1417 Hijrah. ( 1997 M )

TUJUAN DAN MATLAMAT
Penubuhan Dar Al Mustofa adalah berteraskan 3 matlamat utama :-
  1. ILMU
Penguasaan  dalam ilmu-ilmu syariah dengan kaedah talaqqi daripada syeikh-syeikh yang mempunyai sanad bersambung kepada Imam Mazhab sehingga kepada sumber yang mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Pengambilan ilmu secara Halaqah dan bersanad
  1. SULUK   
Penyucian hati dan  jiwa ( dari sifat-sifat keji ) dan menghiasinya dengan akhlak yang mulia serta beramal dengan sunnah dan akhlak Rasulullah S.A.W ke arah mendekatkan diri kepada Allah taala.

  1. DAKWAH
Penyebaran dakwah dengan memperkenalkan Agama Islam dan Sunnah Nabi S.A.W disamping menyatukan kaum muslimin, bersangka baik, dan sabar menghadapi kesusahan serta mempunyai pendirian yang teguh..


kunjungan Syeikh Naji dari Bahrain ke Dar Al Mustofa bersempena multaqo ulama di yaman hadramaut

SISTEM PEMBELAJARAN DAN PROGRAM-PROGRAM


Pengajian dan program yang dijalankan di Dar Al Mustofa adalah seperti berikut :-

 1.           Pengajian Ulum Syariah

  Pengajian Ulum Syariah ( Manhaj rasmi )terbahagi kepada 4 peringkat :-

1.i    Peringkat Ibtidae’   ( permulaan )        (المرحلة الابتدائية  )  
tempoh pengajian satu tahun

1.ii   Peringkat I’dadi     ( pertengahan )       (المرحلة الإعدادي  )
tempoh pengajian dua tahun

1.iii  Peringkat Thanawi   ( menengah )       ( المرحلة الثانوية  )
 tempoh pengajian empat tahun
( pelajar dapat mengkhatamkan 30 juz Al quran dan Kitab Riyadus Sholihin secara hafazan )

1.iv.  Peringkat Jami’ah   ( universiti  )        (المرحلة الجامعة  ) 
tempoh pengajian empat tahun
( termasuk 3 bulan untuk praktikal )


2.             Pengajian Tahfiz Al Quran         -menghafaz 30 juzu'                            1 tahun

Darul Madinah, Furu' Hafazan Al Quran

3.            Pengajian Kursus Jangka Masa Pendek                                              1 tahun
-di buka untuk pemohon ( berkelayakan ) yang berminat untuk mendalami 3 matlamat ( Ilmu , suluk , dakwah )
sila berhubung dengan pejabat Dar Al Mustofa

4.           Pengajian Kursus Bahasa Arab                                                           1 tahun
-di buka untuk pemohon yang tiada asas Bahasa Arab


2.              ( Bermatlamat ) Pembentukan akhlak :

  1. Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi S.A.W dan mempunyai akhlak yang mulia.
  2. Membaca azkar dan aurad dalam Khulasah Madad An-Nabawi pada waktu yang telah ditetapkan.
  3. Berpuasa sekurang-kurang 3 hari pada setiap bulan (pada tarikh 13,14 dan 15 haribulan hijri)
  4. Bersedekah sekadar kemampuan pada setiap hari

3.           Penyebaran Dakwah :

  1. Mewajibkan pelajar keluar Dakwah Mingguan bermula pagi Khamis sehingga selepas solat Jumaat mengikut giliran.
  2. Menziarahi para Ulama’ , tempat-tempat bersejarah, masjid-masjid dan maqam-maqam para aulia’.
  3. Menghadiri majlis-majlis maulid, Haul-haul ulama yang diadakan pada waktu tertentu.
  4. Mengadakan perjumpaan dengan ulama'-ulama'
Majlis menyambut Maulidur Rasul di Masjid Baalawi di Tarim.



*Disamping program-program diatas,  Dar Al Mustofa juga mengadakan Kursus Musim Panas (Dawrah Saifiyyah) pada setiap awal bulan Julai selama 40 hari. Program ini terbuka kepada mahasiswa, guru-guru, kakitangan  kerajaan dan orang awam dari pelbagai Negara.

salah satu program semasa Dawrah Saifiyyah di Dar Al Mustofa

Dar Al Mustofa , Tarim, Hadramaut


KEMUDAHAN DAN PRASARANA
  1. Asrama : Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin , almari, meja belajar dan lain lain.
  2. Perpustakaan
  3. Klinik
  4. Bilik tetamu
  5. Kedai buku
  6. kedai makan
  7. Kantin
  8. Kedai runcit
  9. Perkhidmatan telefon
  10. Perkhidmatan simpanan dan tukaran wang asing
  11. dan lain lain
                    
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN PELAJAR

  1. Membetulkan niat untuk berkhidmat kepada agama Islam dan seluruh muslimin serta berdakwah kepada kebenaran .
  2. Mampu memahami & berkomunikasi dengan Bahasa Arab    ( membaca , menulis , bertutur )
  3. Hendaklah berumur melebihi 18 tahun . Jika  pelajar  berumur  17  dan  ke  bawah  hendaklah  tinggal  bersama  ahli keluarga  atau  penjaga.
  4. Kedatangan ke  Dar Al Mustofa hendaklah melalui pihak perwakilan yang telah ditentukan  oleh Dar Al Mustofa (jika ada).
  5. Bagi pelajar yang yang ingin terus memasuki peringkat I’dadi hendaklah selesai belajar kitab-kitab seperti yang telah ditetapkan di peringkat Ibtida’i. Begitu juga pelajar yang ingin terus memasuki peringkat Thanawi & Jamiah, hendaklah telah selesai belajar kitab-kitab yang telah ditetapkan di peringkat I’dadi & Thanawi.
  6. Lulus ujian penerimaan pelajar baru yang dijalankan di Dar Al Mustofa
  7. Mengemukakan permohonan lebih awal ( Jamadil Awwal@Jamadil Akhir ) dan hadir di Dar Al Mustofa  ketika tempoh penerimaan pelajar baru iaitu di awal bulan Rejab hingga pertengahan bulan Syaaban setiap tahun. ( REJAB – SYAABAN )
  8. Lulus pemeriksaan perubatan semasa kedatangan sebagai jaminan selamat dari penyakit yang berbahaya.       ( HIV / Hbs Ag / HCV / HepB )
  9. Berkemampuan untuk membayar yuran-yuran yang ditetapkan :-

1. Yuran Dar Al Mustafa

190  USD@
36 000 YER Bayaran untuk setahun

2. Bayaran pemeriksaan darah

7000 YER

3. bayaran visa tahun pertama

50 USD @
9000 YER

4.Bayaran visa untuk tahun seterusnya

8000 YER

5.Bayaran wang jaminan ( Tiket pulang-mengikut perubahan harga tiket )

520 USD

6.Yuran pembelajaran ( Untuk Kursus Bahasa Arab Sahaja, ditambah dari kos diatas )

550 USD

Untuk kemudahan calon yang telah dihubungi Pej Urusan Dar Al Mustofa atau wakilnya. sila sediakan keperluan dibawah :

• 5 salinan pasport- bahagian gambar dan maklumat diri ( 1 berwarna )
• 18 keping gambar berukuran pasport ( berukuran passport,berkopiah, nama bertulisan jawi tertera dibelakang)
• Dinasihatkan calon mengambil ujian darah ( HIV / Hbs Ag / HCV / HepB ) di Malaysia terlebih dahulu. ini kerana peraturan pengeluaran visa belajar di Yaman bergantung kepada kesihatan darah calon.

Tukaran Terkini ( 30 Mac 2013 ) Rm 100 = YER 6600
Calon digalakkan untuk membawa USD atau Riyal Saudi,
digalakkan juga membuka akaun bank Simpanan Nasional ( aktifkan untuk pengeluaran luar negara )

Lambang Dar Az Zahra yang diambil dari kunci Maqam Bintul Batul Fatimah Az Zahra

Dar Az Zahra, Tarim , Hadramaut , Yaman Yang terletak kira-kira 200 meter dari Dar Al Mustofa

 Syarat-syarat tambahan untuk permohonan ke Dar Az Zahra ( Cawangan DAR untuk Muslimat )


makluman -program di Dar Az Zahra setakat ini adalah sehingga peringkat Thanawi ( Menengah )sahaja

1. Kedatangan dan urusan pendaftaran ditemani mahram.
2. Tempoh pembelajarannya hendaklah tidak kurang daripada SATU TAHUN.
3. Calon pelajar akan diletakkan didalam tempoh pemerhatian selama 3 bulan.
4. Menghantar pemohonan 2 atau 3 bulan sebelum kedatangan

( hendaklah disertakan dengan 1 salinan surat permohonan beserta salinan surat persetujuan wali, 1 salinan pasport berwarna pemohon dan wali pemohon, 1 salinan keputusan ujian darah pemohon )

5. Kedatangannya adalah ketika waktu Dawrah ( Kursus Musim Panas Dar Al Mustofa -1.Julai.setiap tahun)
6. Pemohon dikehendaki menyediakan :

• 5 salinan pasport ( 1 berwarna )
• 1 salinan pasport / kad pengenalan walinya ( bapa / ibu )
• 18 keping gambar berukuran pasport ( bertudung hitam )
• Surat keputusan ujian darah ( HIV / Hbs Ag / HCV / HepB )
• Surat persetujuan wali ditujukan kepada Musyrif Dar Az Zahra. Terkandung di dalamnya :

1. Nama pemohon ( ejaan mengikut pasport )
2. Kewarganegaraan pemohon dan walinya.
3. Tandatangan dan tarikh ( pemohon / wali pemohon )
4. Nama wali pemohon ( ejaan mengikut pasport / kad pengenalan )
5. Hubungannya dengan pemohon.
6. Alamat dan No. telefon ( rumah / HP ) wali pemohon.
7. Alamat E-mail wali / pemohon.

Pemohonan dan sebarang pertanyaan hendaklah diajukan kepada :
• 00967-5417880             Tel. Pej
• 00967-734915550         Tel Musyrif ( HP )
• 00967-5417883             Fax Pej
• Daralzhraa@gmail.com  E-mail Pej ( Arab @ English )


AHLAN WA SAHLAN

ALAMAT

DAR AL MUSTOFA LIDDIRASAT ISLAMIAH,
P.O BOX 58049, AIDEED, TAREEM,
HADRAMOUT, REPUBLIC OF YEMEN.

Untuk maklumat lanjut, sila klik link laman web Dar Al Mustafa @ Page Persatuan pelajar Malaysia Yaman ( Caw Hadramaut )

NO. TEL        :          00967 5 417888 /  417880
NO.FAX       :           00967 5 417886 / 417883 / 417792

Email          :           dar_almustafa@hotmail.com
Laman Web :          daralmustafaedu.com / www.daralmustafaedu.org 
Twitter       :           http://twitter.com/daralmustafa

Youtube      :          https://www.youtube.com/DaralMustafaTV
page rasmi :          https://www.facebook.com/daralmustafa/info
radio Rasmi :         http://www.ne.daralmustafaedu.com/


Email Persatuan Pelajar Malaysia, Dar Al Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman
                  :           ukhuwahdarulmustafa@yahoo.com

Page Persatuan :   
Persatuan Pelajar Malaysia Hadramaut


atau berhubung dengan Ketua Pelajar Malaysia Dar Al Mustofa, Tarim ,Hadramaut, Yaman :
SAUDARA MUHAMMAD NASRULLAH BIN NADZRI

TEL : +967 711 017 196
TEL : +967 736 330 152

email   : muhammad.nabawy@gmail / musaafir66@yahoo.com

link Ketua Pelajar Malaysia Yaman ( PERMAYA - Caw Hadramaut ) , Tarim ,Hadramaut, Yaman :
SAUDARA LUQMAN HAKIM


Link Maklumat tentang Dawrah :

Perhatian : laman web THEDOWRA adalah laman web untuk kursus khas bagi penutur bahasa english, tetapi pelawat boleh mendapat maklumat dan gambaran mengenai daurah
atau e-mail daurah : course@daralmostafa.com


untuk maklumat lanjut berkenaan tiket penerbangan dan rombongan yang akan berangkat ke Tarim, boleh berhubung dengan  :

SYED MOHD BIN ALWI BIN HAFIZD ( KUALA LUMPUR )                        TEL : +6 0193316617
 FB : Mohamad Alwy Bin Hafidz , Em@il : bin_hafidz@yahoo.com ,

TAUSIAH DAKWAH DI ZIARAH NABI ALLAH HUD A.S
Perarakan sempena program besar-besaran di Tarim
Diantara Mutiara-mutiara Tarim. Sultanul Ulamak Al Alamah Al Habib Salim As Syathiri
Diantara Ulamak-ulamak Tarim, Habib Abdullah Bin shihab, Habib Ali Al Masyhur, Habib Abu Bakar Al Adni
sebahagian Alumni Dar Al Mustofa semasa menubuhkan Persatuan Ittihad An Nur ( Malaysia )
suasana Solat Terawih pada malam 29 Ramadhan di Bandar Tarim ( Masjid Al Muhdar )

No comments:

Post a Comment