Pages

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah (S.W.T) kerana dapat lagi kite hidup dibumi ini dan masih diberi peluang kepada kita semua untuk beribadah kepadanya. Sesungguhnya Allah (S.W.T) itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih, walaupun ramai orang yang kufur kepadaNya, lawan agamaNya, tetapi masih lagi mendapat rezeki dari Allah (S.W.T) Subhanallah!!

Saturday, January 19, 2013

Darul Mustafa










     Darul Mustafa,mungkin ramai yang tidak tahu apa tu Darul Mustafa(pengenalan). Darul Mustafa adalah satu tempat pengajian kitab yang menggunakan sistem halaqah(ustaz dikelilingi oleh pelajar), iainya diasas oleh Al-Habib Umar bin Hafiz bin Muhammad. Terletak disebelah utara Yaman, iaitu Tarem, Hadramaut. Gambar Darul Mustafa. Di Darul Mustafa juga terdapat ramai sheikh dan habib yang sedia berkhidmat menaburkan ilmu mereka bukan sahaja di Darul Mustafa, malahan disekitar Masjid bumi Tarem juga ada. Seperti didalam doa Khalifah Ar-Rosyidin Abu Bakar As-Shiddiq ketika memerangi orang yang murtad selepas kewafatan Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam,antara doanya ialah semoga Ulama' tumbuh bagaikan cendawan. Masya Allah, jika anda semua berkesempatan untuk ke Hadramaut, jangan lepaskan peluang untuk ke Tarem lihat sendiri suasana disana,bumi yang berkat insyAllah. Suasana yang cukup berbeza dengan tempat yang lain.
Halaman depan Darul Mustafa


   Selain itu juga,Darul Mustafa membuka cawangannya disekitar Hadramaut,Sana'a dan juga di Malaysia.Di bandar Tarem sendiri ada 3 cawangan,1 khas untuk muslimah(wanita) yang dinamakan Darul Zahrah,2 lagi ialah Darul Madinah Al-Munawarah dan Darul Idrus. Pembelajaran disini amat sesuai kerana setiap pelajar akan diajar dari asas dan menggunakan kitab-kitab kecil bagi yang baru,tetapi syarahan sheikh disana amat tinggi dari kitab yang kita pelajari,saya rasa kagum sangat dengan sheikh dan habib disana,walaupun nama saya habib ,tapi tidak taraf dengan mereka.

   Live stream dari Darul Mustafa, dalam ni tidak ada terjemahan,jadi saya harap anda semua faham. Bahasa Arab yang digunakan disana tidak byk Ammiyah(loghat kg) biasanya huruf ق tukar Ga dan huruf س)سوف)  tukar kepada huruf ب.Rasanya itu sahaja lah, yang lain macam biasa dan anda semua boleh faham segala apa yang dilafazkan oleh Al-Habib Umar Bin Hafiz. selamat menonton

Darul Mustafa 02

1 comment:

  1. boleh bagi alamat e-mail tak kerna saya buka dekat contact xdapat nak tengok email kamu..piya99916@yahoo.com...send email 2...berharap sangat ny..saya nk tanya pasal darul mustofa ny

    ReplyDelete