Pages

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah (S.W.T) kerana dapat lagi kite hidup dibumi ini dan masih diberi peluang kepada kita semua untuk beribadah kepadanya. Sesungguhnya Allah (S.W.T) itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih, walaupun ramai orang yang kufur kepadaNya, lawan agamaNya, tetapi masih lagi mendapat rezeki dari Allah (S.W.T) Subhanallah!!

Thursday, December 30, 2010

Daurah di Hadramaut

Makam Nabi Hud A.S,(bawah kubah tu kepala dan atas bukit tu kaki)
subhanallah
Perjalanan ke Makam Nabi Hud A.S
Pada bulan Rejab 1431,Darul-Mustafa telah mengadakan program daurah,hampir seluruh negara datang menyertai program ini dan paling ramai adalah rakyat Malaysia hampir 130 orang.Yang amat teruja pelajar Malaysia yang belaja di Mesir juga datang ke Yaman untuk menyertai program daurah ini sambil menziarahi keturunan Nabi(Habaib).Walaupun bumi Hadramaut agak panas kerana anginnya yang berasa bahang dan disana juga hanya terdapat bukit yang tidak ada pokok,hanya dapat lihat padang pasir.Perjalanan Dari Sana`a ke Tarim,Hadramaut mengambil masa lebih kurang 9 jam untuk,itulah masa yang paling cepat dengan menaiki bas.Jika nak naik kapal terbang hanya 1 jam saje,tetapi bayaran pon puas hati.Dalam perjalanan menuju ke Tarim,terdapat 10 roadblock yang dibuat oleh tentera Yaman.hal ini adalah untuk keselamatan,sume orang luar(ajnabi) dihendaki membuat surat kebenaran untuk keluar negeri yang dipanggil tasrih.Askar itu akan minta salinan fotostat surat tersebut untuk memastikan orang luar negara selamat sampai ke destinasi masing-masing,jika diperihatikan sepanjang perjalanan itu dapat lahh kita lihat kereta kebal,lori askar yang berjaga sepanjang jalan.
Biasalah negara Yaman ni,ada pergaduhan/peperangan senjata antara kerajaan Yaman dengan satu kelompok yang memberontak,walaubagaimanapun ianya tidak serius.alhamdulillah setakat ini semuanya selamat dan sejahtera.Tibanya di Tarim kami berasa amat gembira,kerana selamat sampai tanpa sebarang gangguan,Alhamdulillah,kami dijemput oleh kawan yang belajar di Tarim.Kami semua di tempatkan di sebuah Hotel yang terletak di pekan Tarim beberapa hari sebelum daftar program daurah tersebut.Macam-macam yang kami dapat pelajari didalam program ini,antaranya dapat memahami fiqh dengan lebih mendalam,menghafal Al-Quran, dan paling menyeronokkan adalah menziarahi Makam Nabi Allah (S.W.T) iaitu Nabi Hud A.S.Berasa beruntung sangat dpat menziarahi makam Nabi Hud,dan banyak juga aktiviti yang dibuat disana.Budaya orang Hadramaut hampir sama dengan budaya orang Malaysia,dengan pakai kain pelekat dan kuih muih pun ada.Di Hadaramaut bagi mereka pakai seluar ini adalah 'aib',biasalah tu ada mereka,seperti kalu di Mesir bagi mereka 'aib' bagi sesiapa yang memakai kain.haha..xfaham sungguh.Program daurah ini berakhir beberapa hari sebelom bulan Ramadhan.Istimewa Tarim sebab disana ada sungai walaupun kawasannya dipadang pasir.Diceritakan oleh orang Hadramaut,pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Siddiq,ramai yang murtad kepada islam.Pada suatu hari,Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah mengutuskan tentera Islam untuk berperang dengan kaum murtad,apabila sampai di Yaman beliau melihat orang Yaman di kawasan
Hadramaut tidak murtad dan beliau mendoakan tiga perkara kepada negeri ini,1:Ulama tidak akan putus 2:Air dikawasan ini tidak akan terputus dan 3: Barakat di negeri ini.Alhamdulillah kitorang sume blik ke Sana`a pada 6 Ramadhan.

5 comments:

  1. i'm now start to love yemen since my boyfriend are from yemen...he is so nice n he prove that all yemeni are nice...

    ReplyDelete
  2. salam alaik..
    ana teringin nak ke sana.. ada x program daurah ini untuk muslimat.. kalau ada bagaimana ya?
    dan boleh bg informasi

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumsalam..
    insyAllah..daurah tuk muslimat ade..anti cube tye ust mohd 0193316617..
    ana mitak maaf sbb lmbat reply..coz ana study..
    afwan minkunna

    ReplyDelete
  4. ada dawrah muslimat... di darul zahra... sebelah darul mustafa kalau tak silap... allahua'lam

    ReplyDelete
  5. a'ah. berhampiran dengan Darul Mustafa. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Permaya cawangan hadramaut,http://www.facebook.com/groups/ukhuwahdarulmustafa/

    ReplyDelete